Berita gembira kepada semua yang menantikan permohonan BR1M 2014, ianya telah dibuka secara rasmi pada 23 Disember 2013 di laman web EBR1M menerusi link permohonan BR1M 2014.
Kepada mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini , anda tidak perlu mendaftar semula tetapi hanya perlu mengemas kini borang permohonan.Kepada mereka yang ingin mendaftar baru pula boleh mendaftar secara atas talian terus ataupun download borang dan hantarkan ke cawangan LDHN berdekatan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.