Wednesday, 25 December 2013

Foto & Video- Ikan Tamban Naik Ke Darat Bukan Tanda Tsunami

Unknown | 01:12 |
Foto & Video- Ikan Tamban Naik Ke Darat Bukan Tanda Tsunami | Ribuan ikan tamban yang naik ke darat telah mengemparkan penduduk di di Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu.
Ikan Tamban Naik Ke Darat Bukan Tanda Tsunami

Menurut pembaca, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan dalam kejadian yang berlaku pagi tadi..

Kejadian pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Ikan  Naik Ke Darat Bukan Tanda Tsunami

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.


Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Instagram

Search