Wednesday, 25 December 2013

BIAR BETUL? Jamal Abdillah Teringin Nak Kahwin Lagi

Unknown | 14:42 |
Jamal Abdillah Teringin Nak Kahwin Lagi
Sebelum ini tersebar cerita mengatakan penyanyi bersuara jantan, Datuk Jamal Abdillah kini sedang menjalin cinta dengan penyanyi muda, Nas Adilla.

Namun, Jamal sudah memberikan penjelasan bahawa itu merupakan gosip semata-mata kerana dia langsung tidak menyimpan perasaan terhadap Nas.

Malah, Jamal juga mengatakan gosip itu mungkin timbul berikutan kekerapan mereka berdua bekerja bersama-sama sebelum ini.

Walaupun pernah melalui pengalaman pahit dalam perkahwinan terdahulu, Jamal tidak sesekali serik untuk mendirikan rumah tangga sekiranya sudah bertemu calon tepat yang dapat mengisi kekosongan di hatinya.

“Siapa yang tidak teringin hendak berkahwin? Bila balik ke rumah, ada seseorang yang menunggu. Dia boleh menjadi tempat saya berkongsi apa saja termasuk meminta pandangan mengenai mutu persembahan saya.
“Lagipun anak-anak sudah besar. Osama Yamani kini berusia 12 tahun dan Ahmad Zaki Yamani pula 8 tahun. Sekurang-kurangnya apabila mempunyai isteri, bolehlah dia membantu saya mengendalikan anak-anak,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.
Jamal juga mengimpikan pasangan hidupnya kelak, seorang yang memahami dirinya dan penyanyi berusia 54 tahun itu juga tidak kisah akan usia pasangannya kelak sama ada seorang yang muda ataupun berusia. – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Instagram

Search