KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Sabah menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya fenomena pelik beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu semalam sebagai petanda fenomena tsunami bakal berlaku di negeri ini.
Katanya, pelampung boya keselamatan itu dilengkapi peralatan tsunameter khusus untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan maklumat ketinggian ombak akibat tsunami.
“Oleh itu jika ada gegaran dari dasar laut, maklumat yang dikumpul oleh tsunameter akan dihantar secara automatik kepada Jabatan Meteorologi.
“Tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang amaran berkaitan. Justeru, saya nasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Sabah agar tidak mempercayai khabar angin yang mengaitkan kejadian di Kampung Tambisan sebagai satu ancaman tsunami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. – Kosmo
No comments:
Post a Comment