Wednesday, 25 December 2013

KES Rabecca dan Erma belum selesai? Apa lagi ni?

Unknown | 14:47 |
 "Saya berharap agar perkara ini tidak lagi berulang lagi dalam industri kita!," tegas pengarah terkenal, Bade Hj Azmi, kontroversi saman yang berlaku antara isterinya, Erma Fatima, dengan pelakon seksi, Rebecca Nur Islam, sebelum ini.

Kes Rabecca & Erma, Bade Tak Berpihak Pada Sesiapa

Menurut Bade, sejak awal lagi dia tidak menyebelahi mana-mana pihak, meskipun isterinya sendiri. Menghormati Erma sebagai pengarah yang berkaliber dan juga Rabecca sebagai pelakon berbakat besar, Bade berharap agar perkara ini menjadi sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua penggiat dalam industri seni.

“Dengan berlakunya kontroversi seperti ini, ia bukanlah membantu, sebaliknya hanya mencalarkan kredibiliti seseorang pelakon mahupun penerbit itu.

“Kita tidak mahu perkara yang berlaku ini berulang. Lebih baik menggunakan pendekatan saling memaafkan supaya perkara sebegini tidak timbul dan ia berkesudahan dengan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Instagram

Search