Wednesday, 25 December 2013

Nabila Huda Mengaku Temui Kekasih Baharu

Unknown | 14:18 |
Nabila Huda Mengaku Temui Kekasih Baharu
PELAKON Nabila Huda mendedahkan hatinya sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki yang baharu dikenalinya sejak beberapa bulan lalu.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas lanjut berhubung identiti lelaki tersebut memandangkan perkenalan mereka masih lagi baharu.
“Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.

“Apa yang boleh saya katakan, dia yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu,” katanya.
Nabila ditemui pada majlis pelancaran drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Nabila berkata, hal-hal peribadinya hanya akan dikongsi menerusi laman sosial Instagram, namun ia turut dihadkan agar dirinya tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nabila yang merupakan janda beranak satu sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Johan As’ari, Nas-T dan Syazwan.


Sementara itu, lakonan Nabila dalam drama Ariana Rose bakal disiarkan di TV3 bermula 30 Disember ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam. – Mstar

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Instagram

Search