Sunday, 22 December 2013

Pekin-Uqasha Mahu Nikah Bukan Kerana Kontroversi

Unknown | 02:50 |
SIAPA yang tidak ingat isu panas yang melanda hubungan antara pelakon Pekin dan tunangnya, Uqasha Senrose bulan lalu.
Dek kerana salah faham kononnya Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad, aktor itu bertindak memutuskan pertunangannya.
Bagaimanapun, mereka kembali berbaik selepas Pekin mengetahui pertemuan tunangnya dengan Sharnaaz hanyalah untuk berbincang mengenai kejutan hari lahirnya yang ke-32.
Terbaru, selepas pasangan itu mengumumkan akan bernikah tahun hadapan, timbul pula cerita nakal yang mengatakan keputusan itu dibuat kerana beberapa kontroversi yang pernah melanda sebelum ini.
Namun, Pekin melalui sebuah akhbar tempatan menafikan gosip itu, sebaliknya menyatakan dia mahu mengahwini Uqasha kerana begitu menyayanginya.
Dia juga mahu tunangannya itu menjadi teman hidupnya nanti.
Masih berahsia mengenai tarikh pernikahan mereka, Pekin menjelaskan ia adalah atas permintaan keluarga dan setakat ini persiapan sedang berjalan lancar.
Baguslah kalau begitu. Diharap dengan perkahwinan yang akan berlangsung nanti dapat menghentikan segala cakap-cakap orang yang selalunya tak betul. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Instagram

Search