Wednesday, 25 December 2013

Pulang Dari Hong Kong Isteri Aaron Aziz Kini Tampil Bertudung

Unknown | 14:29 |
Pulang Dari Hong Kong Isteri Aaron Aziz Kini Tampil Bertudung
Buat peminat Aaron Aziz, isterinya Diyana Halik sering dilihat sebagai insan terpenting dalam perkembangan kerjaya pelakon popular itu dan kini ada berita gembira yang disampaikan buat para peminat tentang penampilan beliau.
Aaron Aziz yang ditemui semasa berlangsung sidang media Oh My English: Hello America! pagi tadi tampil bersama-sama dengan isterinya, Diana Halik yang kini tampil berhijab selepas kepulangan mereka dari Hong Kong.

“Alhamdulillah saya bersyukur sekali perubahan yang dilakukan Diana pada hari ini. Saya agak pelik sedikit kerana selalunya orang baru balik dari umrah yang akan memakai tudung tetapi ini amat berbeza sekali dengan Diana kerana selepas pulang dari Hong Kong dia terus berubah untuk memakai tudung. Inilah kuasa Allah tidak kira di mana sahaja kita berada dan sekiranya dia berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia,” tutur Aaron memulakan bicara.

Aaron juga memberitahu bahawa dia tidak pernah memaksa isterinya itu untuk bertudung, malah sebagai suami dia hanya memberikan peringatan dan nasihat buat isterinya walaupun suatu ketika dahulu mereka pernah mengejarkan umrah. Hari ini, Diana Halik telah memberikan perubahan yang sangat positif buat Aaron dan keluarganya.
“Saya tidak pernah paksa Diana untuk memakai tudung. Saya sendiri lebih suka untuk berikan peringatan & nasihat buatnya. Biarlah dia memakai tudung secara ikhlas dan kerana memenuhi tuntutan Islam. Bukan bertudung kerana suami,” katanya bersungguh.

No comments:

Post a Comment

Twitter Facebook Instagram

Search