Home » Informasi » PBS, SPPBS: KPM, SGMM bincang Selasa ini
Monday, 23 December 2013
PBS, SPPBS: KPM, SGMM bincang Selasa ini
Unknown | 02:17 | InformasiSHAH ALAM – Satu perbincangan meja bulat antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) bakal diadakan Selasa depan.
Perkara itu disahkan sendiri Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, hari ini.
Menurut beliau, perbincangan itu akan turut disertai Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
“Tujuan utama perbincangan ini kita nak cari penyelesaian. Cuba cari titik persefahaman untuk kurangkan beban tugas guru sekali gus membantu pelajar yang nak menghadapi Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR), tahun depan.
“Kita harap akan ada perbincangan lebih lanjut untuk selesaikan isu berbangkit melibatkan sistem pendidikan kita,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Sebelum ini, KPM digesa beberapa kali agar mengadakan perbincangan ini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kepincangan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kerajaan juga dinasihatkan tidak mengetepikan pandangan guru-guru berhubung sistem pendidikan tersebut.
Sementara itu, pihak SGMM percaya, kelewatan penerimaan perbincangan meja bulat itu bukan kerana KPM tidak peduli.
“Kita beri kenyataan di media sebelum ini bukan nak menentang. Kita nak cari jalan penyelesaian.
“Mereka (KPM) lewat beri respons mungkin bukan sebab mereka tak nak ambil tahu tetapi mungkin masih belum sedar bahawa kami serius.
“Memandangkan di laman sosial Facebook sesiapa sahaja boleh membuat kempen. Kami pun masih baru lagi,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment